Monday, February 22, 2010

MIGRAIN : APA DAN BAGAIMANA ?

Migrain adalah sakit kepala yang dirasakan pada sebahagian kepala atau pada bahagian tertentu sama ada di atas, belakang atau tepi bahagian kepala. Ia dirasakan berdenyut-denyut disertai dengan rasa mual, muntah dan alah kepada pancaran cahaya atau bunyi. Biasanya tanda-tanda awal serangan migrain; pening, mata berpinar-pinar atau mata menjadi kabur secara tiba-tiba.

Penyakit migrain biasanya berpunca akibat tekanan atau perubahan cuaca panas atau sejuk, tekanan atau kepenatan fizikal yang melampau, makan yang tidak teratur atau minum minuman berais. Menurut pendapat beberapa pakar perubatan, migrain disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah di otak sehingga oksigen gagal disalurkan ke bahagian kepala dengan baik. Keadaan ini menimbulkan rasa pening dan sakit yang berdenyut-denyut.

Jenis-jenis migrain :
Migrain umum
Migrain klasik
Migrain abdominal
Migrain hormonal
Migrain acephalgic
Migrain retinal
Migrain lain yang jarang dijumpai

Punca migrain :
Tekanan emosional
Tekanan fizikal
Diet Makanan
Lingkungan
Hormon

Kaedah rawatan (ubatan) :
Immediate relief
- ubat penahan sakit
- ubat khusus untuk migrain
(ubat-ubat ini hanya untuk menghilangkan rasa sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit migrain)

Kaedah rawatan lain (alternatif) :
- akupuntur
- refleksiologi
- homeopati
- terapi fizikal
- relaksasi / pernafasan
- penambahan vitamin dan mineral
- ubatan herba
- pemeriksaan gigi (gigi yang rosak secara umum boleh menyebabkan sakit kepala)

Kaedah rawatan preventif :
- serothinin antagonists
- calcium
- anti deppresants
- memperbaiki jaringan saraf dan peredaran darah

Tips mengatasi migrain :
1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

2. Pengurangan stres seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik untuk mengurangkan berat badan.

3. Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

4. Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mngandungi ais.

5. Amalkan pemakanan dan tidur yang teratur.

6. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

7. Refleksologi (urut saraf kaki).

8. Basahkan dari kaki ke badan dahulu baru ke kepala bila hendak mandi.

9. Rawatan menggunakan ubat-ubatan ataupun herba- herba.

( alamamry.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment