Tuesday, February 16, 2010

APALAH DOSA MEREKA : SIAPA LEBIH BINATANG...

Kemana perginya pertimbangan waras mahluk yang bernama MANUSIA... atau lebih mulia disebut-sebut kononnya bernama INSAN.... Mana letakknya akal fikiran MANUSIA & INSAN ini sehingga sanggup lupa akan hukum ALLAH SWT dan norma kehidupan untuk menghargai sebuah kehidupan yang diciptakan oleh TUHAN...

Masih lagi tertulis kalam akhbar, kisah anak-anak kecil (bayi) yang tidak berdosa zahir dan batinnya.... dibuang (lebih tepat sekali DIBUNUH) atau lebih zalim lagi telah diinjak kebatasan hukum kehidupannya; diperkosa atau diliwat....

Aduhh... sakit rasanya jantung hati ini setiap kali menatap kalam akhbar menceritakan kepedihan dan keperitan sang bayi diperlakukan umpama haiwan... Bahkan rasanya, haiwan pun tidak memperlakukan sedemikian terhadap anak-anak generasinya.... Belaian sang haiwan terhadap anak-anaknya tiada galang gantinya....

Wahai MANUSIA...!!! Wahai INSAN...!!! sujudlah dan ruku'lah kepada ALLAH SWT dan lihatkan kebutaan mata hati kita semua dengan apa yang berlaku.... Mereka (bayi dan anak-anak kecil) adalah masa depan kita semua...

"SAYANGI BAYI DAN ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK BERDOSA KERANA MEREKA UMPAMA KAIN PUTIH YANG PERLU DICORAKKAN INDAH"

Cuba fikirkan sendiri (layari pautan di bawah ini):

THE STAR

THE STAR

UTUSAN MALAYSIA

MALAYSIAKINI.COM












( alamamry.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment