Tuesday, February 16, 2010

KEBANJIRAN WARGA ASING : SALAH SIAPA ???

Isu kebanjiran atau lambakan pekerja asing di negara kita bukanlah satu isu yang baharu... Malah pernah diperkatakan, diperdebat dan menjadi bahan bualan masyarakat sejak beberapa tahun yang lalu... Saban masa, ada sahaja tangkapan dan serbuan dibuat terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang membolosi negara ini secara haram... Angkanya, janganlah dikira... Malam tangkap, tengah hari hantar pulang dan bila petang dah sampai semula ke negara ini...

Mana tidaknya, mereka terpaksa menyeludup masuk secara haram ke negara kita yang diibaratkan sebagai mangkuk rezeki ini sangat-sangat memerlukan pekerjaan bagi mendapatkan wang untuk keluarga di negara asal... Bukan salah mereka, ibarat semut jika ditaburkan gula... akan ke gula juga datangnya... Tujuan mereka semata-mata mencari perlindungan dan sara diri untuk menampung beban tanggungan yang terus meningkat... Lebih-lebih lagi jalan masuk ke negara ini (secara haram) memang banyak dari Perlis sampailah ke Johor dan dari utara Sabah hinggalah ke selatan Sarawak... Pantang sahaja ada laluan gelap, di situlah pendaratan mereka... Hendak melalui jalan sah, banyak pula prosedur yang perlu dipenuhi... Nama pun sudah undang-undang, banyaklah ragam dan karenahnya jika diikuti dengan betul... Jalan mudah dan murah bagi mereka, masuk secara haram...

Bukanlah dikatakan undang-undang imigresen di negara kita longgar dan ketidakcekapan pemantauan di pintu-pintu masuk sempadan... Kalau diberi peluang memantau kawasan yang seluas Semenanjung, Sabah dan Sarawak tentulah tidak terjaga rasanya... Kasihan juga kepada anggota-anggota keselamatan yang selama ini berdepan dengan pendatang-pendatang asing licik ini... Bukanlah 24 jam hendak menyelinap setiap inci pantai dan dataran yang menjadi pilihan pendatang ini untuk masuk... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Banyak lagi kerja-kerja lain yang boleh dilunaskan, jika tidak bersengkang mata mengawal pantai dan dataran...

Apa-apapun, pihak pasukan keselamatan kita sudah melakukan yang terbaik... Bagaimanapun, kita harus lebih berwaspada... Air yang tenang juga jangan disangka tiada buaya.... Perkara yang pernah dikaitkan dengan mereka, jangan pula dipandang ringan... Ingat sebelum terkena lagi...

UTUSAN MALAYSIA

( alamamry.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment