Sunday, February 28, 2010

BILA MANUSIA PATUT DIGELAR "BINATANG"

Terlebih dahulu dengan kebesaran Allah S.W.T yang Maha Mencipta segala kejadian alam dan Maha Mengkehendaki, marilah kita sama-sama menghadiahkan AL-FATEHAH buat Allahyarham Adik Syafia Humairah Sahari... AL-FATEHAH..!!! Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam peliharaan-Nya.

Ada lagi kes bunuh dan dera kanak-kanak!!!... Rasa bagaikan mahu gugur jantung ini tatkala menonton kisah kanak-kanak malang itu "diterajang, dipukul, ditendang sehingga menemui ajal" yang dipaparkan dalam berita-berita perdana media elektronik malam tadi (Sabtu; 27 Feb 2010).... Memang JAHANAM...!!! Hari ini semua dada akhbar tempatan menyiarkan kisah yang sama dengan liputan yang lebih meluas....

Aduhai Adik Syafia..!!! Apalah dosa kamu sayang, sehingga dirimu diperlakukan sebegitu... Sudahlah dirimu terbiar tanpa perlindungan insan yang bernama AYAH... Kurangnya kasih sayang... Entah makan atau tidak, entah tidur selesa atau tidak... Tapi kini jasadmu sudahpun bersatu dengan asal usul kejadianmu... Apalah malang nasibmu Adik Syafia.... Semoga rohmu tenang dan aman dalam Syurga Allah SWT... Insya Allah...

Wahai manusia...!!!! Sedarkah atau tidak... Nyawa kita semua ini, tak ubah seperti nyawa haiwan atau binatang... Kalau dulu kita selalu dengar, orang mati sebab sakit atau kemalangan...(sememangnya ajal, maut, jodoh, pertemuan adalah ketentuan Tuhan...) Tapi kini, nyawa seorang yang bernama INSAN yang diciptakan oleh Tuhan dengan seribu keagungan dan dilengkapi AKAL, sudah tidak lagi selamat... Sebabnya, sudah ada dan telah ramai haiwan-haiwan yang punyai akal kini mengganas di sini dan sana...

Haiwan-haiwan ini ada rambut, ada mata dan semua lengkap seperti sifat manusia... Berjalan dengan berkaki dua.. Kalau makan, tau pula basuh tangan... Apatah lagi lalu membuang air besar.. tau pula cebok sebab geli dan kotor... Tapi, langsung tidak punyai akal sebagai manusia yang sebenar kerana sanggup buang nyawa orang lain...

Manusia sebegini memang bodoh...!!! Memang bodoh...!!! Memang bodoh...!!! Tuhan mencipta akal menerusi otak yang letaknya di atas kepala... Tapi kenapa dengan bodohnya, otak bagaikan diletak di tapak kaki... Menzalimi kanak-kanak yang tidak tahu menahu, yang lemah, yang aib, yang memerlukan... Bodoh.....!!!!

Ketika di zaman Rasullah SAW sekalipun, antara golongan yang dijaga ketika peperangan ialah; kanak-kanak, wanita dan warga tua... Tapi kini, nyawa seorang kanak-kanak tak ubah seperti nyawa seekor ayam yang dilanggar di tepi jalan... Aduhh... sadisnya dengan apa yang dilihat di kaca televisyen malam tadi.... Beruntunglah kau Syafia, dengan apa yang kamu hadapi sekarang ini akan memberikanmu pembalasan SYURGA oleh Allah SWT.. Insya-Allah..

Bacalah apa yang dipaparkan ini:

BERITA HARIAN

UTUSAN MALAYSIA

HARIAN METRO

KLPOS.COM

( alamamry.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment